Jika titisan hujan membasahi jendela mu..
Itu tanda airmata ku menitis merindui mu..
Jika ada darah yang menitis dari jari mu..
Itu tanda sesuatu yang buruk terjadi pada diriku..
Jika kau dapat melihat aku di dalam tidur mu..
Aku ingin mengucapkan selamat malam pada mu..
Jika kau tersedar dari tidur mu terdengar Al-Quran sayup-sayup di subuh hari..
Itu tanda aku telah pergi sebelum mu..
Jika kau menangis sewaktu melihat aku di selubungi dengan kain putih..
Maafkan aku kerana tidak sempat bertemu dengan mu lagi..
Sudilah untuk mengampunkan segala dosaku terhadap dirimu..
Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada diriku yang akan sentiasa dahaga ini..
Semoga tidurku yang lama ini tidak terlalu tersiksa..
Kenang ku dalam setiap doa mu..